socmed

  

Monday, December 3, 2018

Buat cermin mata murah giler, kanta anti silau pulak tu

          Assalamualaikum..

kisah cermin mata

          Zaman sekarang ni, kalau jumpa orang yang pakai cermin mata memang perkara biasa lah kan. Mau tidaknya, dari kecik dah mula terdedah dengan tv dan handphone kan, tambah pulak jenis yang mengadap komputer ataupun laptop hari-hari.

          Aku pun start pakai cermin mata ni sejak zaman sekolah, sejak tingkatan satu. Time tu dok asrama, kalau time balik kampung tu, jenuh aku merenug.. merenung masa depan la, sebab nombor bas tak nampak. Dah dekat-dekat baru aku tahan bas tu...kekadang bas tak berhenti sebab dekat sangat baru aku tahan. Kekadang tahan bas tapi tersalah lah pulak. Tu kisah aku la, budak-budak sekarang ni ada yang tak tau nak naik bas macam mana kan... 

          Mula dari situ, aku pi jumpa cikgu minta bantuan cermin mata. Ye la, aku bukan dari keluarga yang senang. Nak buat cermin mata pun pikir banyak kali. Dah dapat bantuan pi buat, aku rasa kena dalam Rm150 ke Rm250. Tapi ok la, dapat bantuan kan. Tapi cermin mata tu biasa-biasa je la...asalkan boleh nampak.

          Sejak itu, bermulalah hidup sebagai mamat specky. Tiap-tiap tahun tu kena la tukar baru. Power pun asyik bertambah je kan. Tambah power, tambah lah kos untuk buatnya. Dan sepanjang aku buat cermin mata ni, tak pernah lagi aku jumpa kedai boleh buat dengan harga bawah daripada RM100. Serius cakap, kalau yang pakai cermin mata mesti tau lah kan dilema ni.. mahai ooo kos nak buat cermin mata ni.


Murah giler...betul ke prank?
RM65, Betoi ka harga ni?
          Baru-baru ni aku perasan ada FB satu kedai kat Sungei Wang Plaza. Harga kat kedai tu memang tak masuk akai. Mula-mula tu cam tak percaya je.. macam propa je harga dia. Ye la aku ni dah dekat 30 tahun kot pakai cermin mata ni.. tak pernah aku jumpa harga macam ni. Cermin mata aku sekarang pun harga hampir cecah 1k..bukan nak berlagak... cuma aku nak yang terbaik untuk mata aku je..nak la merasa jugak tengok dengan rasa cerah dunia kan...

          Dan kedai ni, nama kedai tu EYES VISION OPTICAL terletak kat LEVEL G. Harga yang ditawarkan memang tak masuk akai ooo.. RM65! tu harga FRAME + LENSES.. cannot brain ooo..
Memang susah nak percaya mulanya, tapi bila dah masuk dan sembang-sembang dengan tokey dia.. fuhhhh memang murah giler lah... tapi dalam hati masih was-was lagi..


korang percaya ke tak?

banyaknya pilihannnn...


Alpha Blue 420
          Bila dah rasa murah tu nak buat lah satu kan. Mula lah sembang-sembang, ye la, kalau nak buat cermin mata ni ada banyak benda nak add-on gak kan.. yang RM65 tu, frame and basic lens. Okey, kita sembang-sembang lebih lanjut dengan tokey dia. Tokey dia peramah, bahasa melayu tip-top. Aku pun tanya la "kalau yang coating, silau, kasi nipis semua tu kena tambah berapa?". Berdebar-debar tunggu jawapan...selalunya benda-benda alah ni la yang akan up kan harga cermin mata. Pastu dia cakap, "ooo semua total RM125".. Sekali lagi aku cam diawang-awangan...hahahaha masih rasa macam mamai pun ada...percaya dengan tak percaya 50-50 lagi...

          Lepas tu dia buat demo skit tunjuk kat aku. Dia akan gunakan kanta Alpha Blue 420. Uih teruja skit bila tengok cahaya biru yang disuluh kat lens tu memang tak tembus. Cermin mata aku yang lama ni pun dia test. Cahaya biru tu memang tembus lah...huhuhu... Kanta Alpha Blue 420 ni memang patern kat kedai ni saja... kedai lain tak dapat.

   Selain tu ciri-ciri kanta Alpha Blue 420 ni kan;

- Anti silau : ni memang masalah besar aku, tapi memang betul bila bawa kereta waktu malam sekarang lebih jelas dan tak sakit mata.
- Untuk komputer : tapis sinar UV yang dihasil kan oleh skrin monitor.
- 12 lapisan coating : jadi tahan lebih lasak, tak mudah calar
- kalis air : kurang tompok-tompok kalau kena hujan
- Nipis : 1.56 - 1.67 ( ikut power korang la )
- 1 tahun warranty

          Satu lagi demo yang William (nama tokey kedai tu) buat, dengan selamba je dia conteng lens tu dengan permanent maker pen. Lepas tu ambil kain cuci senang je hilang. Dan memang aku sendiri yang cuba lap lens tu...memang senang je hilang kesan maker pen tu.

Alpha Blue lens


Kenapa Eye Smart Vision?
          kenapa kedai ni? Untuk pengetahuan semua, kalau nak dapatkan lens Alpha Blue 420 ni, hanya ada kat rangkaian kedai ni sahaja tau. Sebab lens ni memang dipatenkan oleh Eye Smart Vision. So kat kedai lain memang tak ada lah. Lens ni memang aku rekomen lah... baguih baq hang. 
Kalau nak cari kedai ni, kat Sungei Wang Plaza, Level G.. lot kedai G070. Ada 4 outlet kat level G tu. Boleh je terjah diantara kedai-kedai ni:

- Eye Smart Vision
- Eye Smart Concept
- Eyes Vision Optical
- Eye Pro Vision 

Satu jam je!
          Satu lagi faktor yang best..Cermin mata ni siap dalam masa 1 JAM je! tapi masa kau buat tu rasanya dalam 45minit dah siap. leceh kan kalau buat ari ni, lepas tu 2-3 hari baru siap...nak kena pergi ambil pulak...makan masa dan duit kan. Ni senang, pergi buat spek, jalan-jalan ke pergi makan ke, sejam lepas tu dah boleh ambil spek...sekali harung je. Bukan setakat yang dok kat KL ni je yang boleh buat, yang dok kat Penang pun, kalau dah datang KL ni boleh singgah buat...tak perlu tunggu 2-3 hari... ekspress...

dah siap...sejam je..

ni contact infonya...





Saturday, May 5, 2018

MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka, pakej percutian menarik

MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi!




          Agrofarmstay Melaka tahun ini sekali lagi mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan pelanggan mereka.Berita baik untuk yang ingin mengadakan Hari Keluarga atau Family Day sesama ahli keluarga atau syarikat tempat kerja, atau pun reunion bersama rakan-rakan. Jimat sekurang-kurangnya RM1,000. WOW. Penjimatan bermula dari RM1,000 sehinggan RM3,900. Banyak tu. Nak tahu apa pakej yang ditawarkan? 

          Tawaran kali ini adalah untuk pakej family day. Konsep pakej kali ini adalah tempah dulu dan tarikh family day boleh tetapkan kemudian. Sebab pihak kami tahu nak organize family day ni susah. Nak dapatkan persetujuan semua ahli keluarga akan memakan masa.
       Oleh kerana tempoh promosi ni terhad, jadi boleh book dulu dan bagitahu tarikh family day kemudian. Boleh pilih tarikh dari sekarang sehingga tahun depan 31 Mei 2019. Banyak masa tu. Sekarang tak ada alasan susah nak organize family day dah ye.

      Promosi ini bermula dari 25 April 2018 sehingga 13 Mei 2018 sahaja ye,boleh booking dulu dan tarikh event/family day bagitahu kemudian.




Kandungan Pakej Mega Bonanza 2018.

          Pakej ini adalah penginapan 2 hari 1 malam untuk 20 orang. Kalau lebih dari 20 orang, boleh tambah bayaran mengikut pax selebihnya. Makanan di sediakan sepanjang penginapan yang terdiri daripada makan tenghari, makan malam BBQ dan sarapan pagi. 
          Kami juga menyediakan sukaneka sebanyak 5 game bersama jurulatih. Tak lupa juga untuk kaki karaoke boleh cuba berkaraoke disini. Bagi yang lebih suka aktiviti air, boleh cuba berkayak atau memancing , Cuma perlu bawa joran sendiri.         
      Di sini ada pelbagai haiwan seperti ayam, arnab, burung, kambing dan kuda. Boleh cuba bagi makan kat haiwan tersebut. Bagi kanak-kanak, kami ada sediakan pertandingan mewarna. Boleh tengok bakat mereka nanti. Tak lupa juga hamper bagi sukaneka dan peraduan mewarna. 
          Akhir sekali kami akan sediakan banner family day dengan nama family masing-masing. Wah. Banyak kan aktiviti.




Harga yang di tawarkan.

Harga asal tanpa promosi untuk 20pax ialah RM3,780 (RM189 per pax).

Harga promosi pakej 2 hari 1 malam utk 20pax ialah RM2,780. 
Harga jatuh dalam RM139 per pax sahaja. 

Bagi tambahan yang melebihi 20pax, 
dewasa RM139 dan kanak-kanak RM99 sahaja. Maximum 78pax. 

Sangat-sangat murah. Dijamin berbaloi. Untuk tempahan, sila layari laman web kami di:

Web : https://agrofarmstay.my
Facebook Page : www.facebook.com/agrofarmstay


Whatsapp / SMS / Call: 
012 – 211 8246
016 – 209 8623
012 – 202 5647

Office: 06 – 232 2761


Monday, April 23, 2018

Aktiviti menarik di Peladang Setiu Agro Resort

Assalamualaikum / Salam Sejahtera..

Peladang Setiu Agro Resort

Kembara bermula


          Kembara KBBA ke pantai timur pula kali ini. Kami berpeluang melalukan banyak aktiviti menarik di Peladang Setiu Agro Resort. Sebelum tu, kita cerita tenang perjalanan ke pantai timur ye. Kalau dari Kuala Lumpur ni, memang agak lama dan jauh juga perjalanan ke pantai timur ni. Jadi sebelum anda bertolak ke sana, sebaiknya rancanglaah perjalanan anda dengan sebaik-baiknya. Kami pun buat juga perancangan sebaiknya, tetapi tak semua yang kita rancang tu menjadi kan... banyak juga la dugaan untuk trip kali ini..

Jom ke Setiu

          Perjalanan yang dirancang seawal pukul 8 pagi, lewat 2 jam... bukan sengaja tau.. sebab masalah di luar jangkaan.. salah seorang ahli KBBA terperangkap dalam LRT hampir sejam lebih... Tak ada siapa nak dipersalahkan pun... takdir kan.. Makanya, waktu ketibaan yang dirancang pada pukul 3 tergelincir skit la... kira-kira dalam pukul 5.30 petang kami semua tiba di Peladang Setiu Agro Resort.. alhamdulillah selamat samapi.

          Setelah masing-masing dapat bilik dan berehat sekejap melepaskan lelah. Chalet yang ada di sini semuanya betul-betul di pinggir tasik. Ada juga bilik yang mempunya beranda di atas tasik, kita macam terpung lah gitu. Bilik ni lengkap dengan 1 katil queen, aircond, tv dan cerek elektrik. Kelengkapan asas macam chalet-chalet yang lain. Bilik ni agak selesa, rekabentuk chalet seperti rumah tradisi melayu pun sangat menarik. Selain chalet ini, ada juga di sediakan dorm dan juga tapak-tapak perkhemahan di sini. 

Chalet rekabentuk rumah melayu...

Beranda atas air..

           Aktiviti kami yang pertama adalah...MAKAN... hahaha...makan tu biasalah kan... apa-apa pun kita kena isi perut dulukan... dari chalet nak ke cafe boleh naik 'teksi' air... teksi air ni macam rakit la.. tapi kena tarik pakai kudrat sendiri ye...ada tali yang direnggangkan meretasi tasik...tapi kan, yang naik ramai...tukang tarik tu..hmmmm aku sorang je...hampeh betul. Selepas tu ada sedikit sesi taklimat mengenai Peladang Setiu Agro Resort oleh En. Sanusi

anyone need a grab?

            Sebenarnya aktiviti pertama kami bermula malam tu juga... ha.. malam kan...aktiviti pertama adalah "Jungle night walk". Pada sesiapa yang sukakan adventure tu, aktiviti ni memang best. Ye la bukan selalu masuk hutan malam-malam kan. Apa yang menarik masuk hutan malam-malam ni? Kita dapat tengok dan dengar banyak benda yang berbeza. Apa yang aku paling suka bila berjalan dalam suasana gelap, kita akan nampak bintang-bintang di langit dengan lebih jelas. Bila masuk hutan malam-malam ni, suasana dan feeling dia pun berbeza juga... dan satu peringatan kepada semua, berwaspadalah dengan PACAT!!!...pukul 12 malam kami masih dalam hutan woi.. kira-kira pukul 1 pagi la baru masing-masing masuk bilik.. tu pun bukan boleh terus tidur... ada yang sambung bertarung dengan pacat...hahahaha

menikmati suasa malam dalam hutan


Musang terbang dan siput

          keesokkan harinya, lepas sarapan dan semua telah siap, acara pertama adalah musang terbang... flying fox la. Memang ada satu bangunan khas kat sini untuk flying fox. Sebelum acara bermula, ada sedikit penerangan daripada En. Nik. Nampak macam tegas orangnya tetapi suka menyakat orang. Dari bawah aku tengok tak lah tinggi sangat tapi bila aku dah naik atas tu rasa menyesal lah plak. Aku ni memang jenis yang tak berapa nak boleh dengan tempat tinggi.. GAYAT. Alang-alang dah kat atas tu kan, cuba lah sekali buat flying fox ni... tinggi weiiii...

benda ni pakai mcam cawat ye..

yang penting...group photo

          Bagi mereka yang tak tahu erti gayat tu, aku tengok memang seronok abih. Mcam-macam gaya diorang buat. Aku? sekali cuba dah ler... tu pun gaya keras kaku...pegang tali tak lepas. Yang lain dah macam superman spiderman dah aku tengok.

tinggi dowhhh..

ni sapa ntah...

          Selesai aktiviti terbang-terbang ni kami bertolak pula ke Laguna Wetland. Apa yang kami buat kat sana? haaa ni aktiviti yang sangat menarik. Kat Laguna Wetland ni ada merupakan satu kawasan muara sungai. Di sini kami akan mencari lokan, kupang, tiram dan kekapis (scallop). Sekali lagi penerangan diberikan oleh En. Nik tentang 'siput-siput' ni dan juga habitatnya. Walaupun semuanya terdapat di kawasan muara ni, tapi habitat berbeza. Tempat ni memang cantik, pemandangan pokok rhu dan laut menghijau je airnya... akibat lupa diri, lutut aku terkehel lagi...tapi aku terus juga aktiviti mencari siput-siput ni.

lompat...sudahnya..lutut terkehel

inilah misi kali ni...

          Kami semua dibawa merentas sungai ke kawasan hutan paya bakau untuk mencari lokan. Mula-mula dalam fikiran aku mestilah kawasan berlumpur...tapi bila dah sampai di hutan bakau tu... eh, berpasir rupanya.. Kami semua dibekalkan sebilah pisau dan bakul. Pisau tu digunakan untuk menggores-gores ditanah, kalau terasa macam tersentuh objek keras dan licin, tu tandanya kita dah jumpa lokan. Dan masing-masing pun dah macam ayam mencakar-cakar tanah. Rasa seronok bila terjumpa lokan tu memang best. Masing-masing berlumba-lumba siapa dapat paling banyak.

demi sesuap lokan...

hasil mengkais-kais tanah...


          Lokasi seterusnya di dalam sungai untuk mencari kupang. Waaktu tu air surut, paras air hanya setakat lutut atau paha je. Tapi kalau dah budak-budak KBBA ni, memang pantang nampak air, semua nak berendam dan berenang. Nak mencari kupang ni tak perlu guna pisau macam mencari lokan tadi, pakai tangan je....raba-raba dalam pasir tu, kalau terasa licin-licin tu, tu lah kupang. Kupang ni kecil sikit daripada lokan tadi. Riuh rendahlah gelagat mencari kupang tu...macam-macam perangai ada. Walaupun panas terik, tapi semua orang enjoy.

walaupun panas terik...yang penting pose maintain

meraba-raba mencari kupang

     Seterusnya kami mencari tiram dan kekapis pula. Tiram dan kekapis ni ada kat air yang dalam sikit. Nak mencarinya kena menyelam. Aku surrenderlah bab-bab menyelam ni, memang tak pandai. Aku biarlah mereka-meraka yang berbakat menyelam untuk mencari kekapis ni. Aku hanya jadi QC, yang mana kecik-kecik, dilepaskan semula. Menurut En. Nik ada yang pernah jumpa mutiara hitam dalam tiram kat sini. Apa lagi, makin semangat diaorang menyelam.

          Selepas penat mencari lokan, kupang, tiram dan kekapis, kami semua berehat sambil menjamu makan tengahari. Hasil tangkapan tadi dibakar. Memang sedap giler makan 'seafood' yang fresh ni. Memang tak letak apa-apa perencah pun. Terus bakar je, macam tu pun rasa sedap dan 'manis'.

Air dan terjun

          Hari terakhir aktiviti yang dijalankan berkisar dengan air. Almaklumlah kat Peladang Setiu Resort ni dikelilingi dengan tasik. Air tasik ni dikitar dari air sungai tau. ikan kat dalam tasik ni pun banyak dan besar-besar pula tu. Oleh sebab lutut aku dah terkehel semalam, maka aktiviti untuk hari ni aku hanya jadi penonton dan jurugambar je la. Geram je tengok masing-masing seronok bermain air. Tak pe lah tak te rezeki aku. Meh nak tunjuk gambar-gambar aktivit air tu...

dengar cakap cikgu ye..

oo mak kau...

berenang-renang ke tepian

jangan takut abam navy tggu kat bawah...

err...ni gaya apa nih?

kiri kanan kiri kanan...akhirnya eksiden jua

          Apa yang penting kami semua seronok kat sini, selain daripada tempat menarik, aktiviti yang ada kat sini pun best. Sebenarnya banyak lagi aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di sini.
Para instructor yang ada kat sini pun terbaik!!! kepala memang masuk air. Sekali lagi terima kasih Peladang Setiu Agro Resort kerana memberikan satu lagi pengalaman menarik untuk aku... yang pasti, pantai timur, aku akan kembali lagi...

Untuk info dan sebarang pertanyaan boleh lah hubungi info kat bawah ni..

PELADANG SETIU AGRO RESORT
Lot 3912, Guntong 22040 Setiu 
Terengganu, Malaysia.

09-6920059/ 019-9192240

Website : www.agroresort.com
Email : peladang_agroresort@yahoo.com


thanks untuk kenangan

semua kepala masuk air..

Memori Laut China Selatan