socmed

  

Sunday, November 26, 2017

Menarik cuti sekolah di Lost World of Tambun


Lost World POW Holidays!

Lost World POW Holidays!

          Cuti sekolah ni dah ada program ke? Ni ada satu berita menarik untuk cuti sekolah ni. Bermula 25 November hingga 1 Januari nanti Lost World of Tambun (LWOT) telah melancarkan Lost World POW Holidays! Pernah tengok Cartoon Network kan? Hah, Powerpuff Girl dan Ben 10 akan berada di sana. Time ni la masa yang sesuai nak 'belanja' anak-anak yang tengah bercuti dan penat lepas exam kan... 
Perasmian sempena program cuti sekolah di LWOT

          LWOT menjanjikan aktiviti penuh keseronokan untuk menjadikan cuti persekolahan yang terbaik. Para tetamu akan kagum dengan pokok krismas yang tinggi 20 kaki di Kampung Malayana, hiasan dan patung-patung The Powerpuff Girls dan hiasan Ben 10 di Toon City, Riverside. Apa yang buat lebih menarik, akan ada permainan yang menarik seperti Giant Jenga, Giant Snakes & Ladders, Giant Slingshot, Shuttle Smash, Wheel of Power and Slow & Steady. Menarikkan? 
BEN 10 in action... cepat adik-adik ajak mak pi LOWT!
Jenga gergasi
Dam ulaq pun besaq
Wheel of power
Slow and steady
Shuttle smash
          Akan ada juga sesi 'meet-and-greet', mesti budak-budak akan terujakan. Jangan risau kalau terlepas sebab sesi ni akan ada 4 kali sehari. Watak-watak Ben 10, Bubble, Blossom dan Buttercup juga akan muncul di Awesome Pool party di Jungle Wave Bay. 
Bubble.. powerpuff girls
Powerpuff Girls in action...
'inflatable' powerpuff

          Selain tu popcorn dan gula-gula kapas juga diberikan secara percuma. Selain tu para pengunjung juga berpeluang untuk membeli barangan di POW Shop semasa tempoh kempen termasuk patung mainan, pakaian dan sebagainya. eh lupa lak, LWOT juga akan bagi 1000 tiket tau yang di letakkan dalam belon. Tiket untuk masuk ke LWOT, 1 tiket untuk 4 orang.. terbaikkk..

1000 tiket dalam belon ni..

         Peraduan LWOT-ETS Swafoto

          Okey ni ada satu peraduan menarik. Senang je.. peserta perlu berswafoto dengan poster Lost World POW Holidays! di mana-mana 6 stesen ETS ( KL Sentral, Gemas, Ipoh, Sungai Petani, Butterworth atau Padang Besar) beserta juga dengan tiket ETS. Hantarkan ke laman web

          Haa.. Seorang peserta setiap minggu akan dipilih dan bakal memenangi hadiah berupa 2 malam 1 hari penginapan di 'Glamping' LWOT untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak dan tiket 'return' ke Padang Besar. Selain tu, ada juga hadiah saguhati untuk 4 orang pemenang, berupa tiket LWOT untuk 4 orang ( 2 dewasa, 2 kanak-kanak) untuk dimenangi. Amamcam? kaki-kaki swafoto sekalian rebutlah peluang ni ye..
cari poster ni ye kat stesen ETS..


         Sebenarnyakan, LOWT ni banyak tempat menarik. Aku mula-mula pergi pun hanya main taman air dia je, padahal banyak lagi benda/tempat menarik di LWOT ni..ramai yang tak tahu sebenarnya.. satu lagi, kalau nak jmatkan, boleh beli tiket secra online. Kalau beli online kan, dapat diskaun sebanyak 35%...ha banyakkan?..

nak tahu lebih lanjut... ni website dan facebook LWOT..



Tel: +605 542 8888

Tuesday, November 21, 2017

Tanah Aina Fahad : Tenang bercuti di sini...

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

'Journey of love, back to nature'

           Alhamdulillah minggu dapat sekali lagi mengikuti kembara KBBA9. Kali ni team KBBA9 berpeluang untuk merasai pengalaman 'Glamping' di Tanah Aina Fahad. Tanah Aina Fahad terletak di daerah Raub, Pahang dan mengambil kira-kira 2 jam 30 minit dari Kuala Lumpur. Setibanya di sana, kita akan disambut oleh desiran bunyi air Sungai Dong yang sangat menenangkan, sesuai dengan konsep resort ini iaitu 'Journey of love, Back to nature'.

sila cari khemah masing-masing...

          Percutian singkat hujung minggu ataupun istilah omputehnya 'weekend gateaway' sangat popular sekarang dikalangan warga kota. Tanah Aina ni merupakan satu destinasi yang sangat bertepatan dengan konsep tersebut. Kali ni pun team KBBA9 pergi dengan tujuan percutian singkat dan santai. Menghabiskan hujung minggu berehat bersama kawan-kawan, menikmati suasana tenang alam semula jadi dan aktiviti minima. Namun fokus utamanya adalah satu percutian yang dapat 'menyegarkan' kembali minda..

           Seramai 8 orang blogger telah menyertai kembara kali ni,4 lelaki dan 4 perempuan. setelah lebih kurang 3 jam perjalanan (berhenti makan dan sebagainya) kami tiba di Tanah Aina Fahad lebih kurang pada pukul 11.30 pagi. Kami disambut oleh Mr Shiva ( staf yang berasal dari Nepal). Layanan yang diberikan memang sangat baik. Setelah diberikan khemah masing-masing, kami berehat sebentar untuk melepaskan lelah perjalanan.

          Pada pukul 12.30, kami dihidangkan makanan tengahari yang lazat. Makanan dihidangkan secara buffet di dewan makan yang menarik. Konsep 'open air' memang sangat bertepatan, kita dapat mendengar bunyi air Sungai Dong yang memang betul-betul berada besebelahan dengan tapak khemah. Sambil menikmati hidangan tengahari kita dapat melihat kehijauan alam disekeliling.

kita jamu selera dulu..
          Pukul 2.30 petang aktiviti 'perasmian' kami di sini ialah jungle trekking. Dah lama juga aku tak exercise ni... takut juga kalau pancit. Dijangkakan aktiviti ni akan mengambil masa lebih kurang dalam 2 jam. Ok, 2 jam.. jalan lambat-lambat ok kot...hahahaha... Aku sangkakan trek yang ok-ok je, jalan dalam hutan je.. tapi, ada juga kena kawasan-kawasan yang kena hiking...huhuhu.. tap alhamdulillah stamina aku masih cukup lagi walaupun lama tak exercise.. Tapi ada juga la yang pancit...hehehehe... dan tak lupa serangan pacat.

permulaan...
mencabar juga la...

hiking pula..
Mujur lepas gak lalu bawah dahan pokok ni..
berehat sebentar melepaskan lelah... ada yang pancit..

          Akhirnya setelah 2 jam meredah hutan dan panjat-panjat sikit, kami pun sampai kembali ke kawasan resort. Tapi kena menyeberangi sungai dulu... ni part yang paling aku nantikan. Aku memang suka mandi sungai. Tambahan pula air Sungai Dong ni memang sangat jernih dan tersangatlah sejuk. Tapi sebelum tu, aktiviti membuang pacat yang dah buat kitaorang ni macam buffet je...banyak siotttt!!! dan seterusnya aktiviti berendam dalam sungai...air sungai sejuk dan arus agak kuat, aku cuba berenang menentang arus...dan pada percubaan terakhir, amek ko kaki krem...padan muka...hahahaha..

sebelum sampai tapak perkhemahan, kena seberang sungai...sejuk weiiii
semua dah selamat seberang..

          Tetapi jangan ingat aktiviti berendam dan berenang kami habis setakat tu saja. Kami sambung mandi di kolam yang ada di kawasan khemah pula.. hahahaha...dah macam budak-budak jumpa air dah semua... main bola tampar, lumba berenang dan macam-macam lagi. Sekali-sekala jadi budak-budak seronok juga kan...release tension. Sumber air kolam tu pun dari sungai juga, jadi memang sejuk sangat, dan sekali lagi kaki aku krem, kali ni belah kiri pula...huhuhu... tapi yang penting bagi aku, kami gembira.
walaupun kolam, tapi air dari sungai...menggigil
sekali-sekala jadi budak-budak...

          Makan malam kami dihidangkan dengan makanan ala-ala BBQ. Apa yang boleh aku katakan makanan di sini memang tak mengecewakan... sedap. Suasana malam di sini juga menarik dengan lampu yang menerangi kawasan resort dan bunyi serangga waktu malam, tenang je rasa. Selepas tu kami melawat sekitar resort untuk melihat suasana malam di sini dan aktiviti lepas tu adalah campfire. 

          Dah lama tak buat campfire ni, mujurlah bukan kami kena cari kayu api...hehehe..semuanya di sediakan.. kami cuma pi lepak tepi api je...lepas tu ada acara spontan, mula kami main sambung perkataan berdasarkan huruf terakhir...dan pemenangnya ialah Firr. Lepas tu satu ada satu lagi game, setiap kumpulan kena teka perkataan yang diberikan oleh pihak lawan.. alah main bahasa isyarat tu..dapat perkataan, buat bahasa isyarat dan ahli kumpulan teka. Lucu juga main ni bila perkataan yang dapat tu memang tak terpikir macam mana nak buat...tetiba boleh blurrr... hahahaha.. tapi seronok. Lepas tu kami cuma lepak-lepak, berbual sebelum masuk ke khemah masing-masing untuk tidur. Letak kepala kat bantal sekejap je, terus tertidur... selesa sangat.

Terima kasih Mr Shiva, tolong nyalakan unggun api untuk campfire
besar ooo unggun api dia..
bersedia untuk acara malam..
Teka jangan tak teka..
          Keesokkan harinya cuma bersantai-santai kat resort ni je. Kami dibawa oleh Mr. Shiva melawat bilik-bilik yang ada di resort ni. Kami dibawa melawat sampai kebahagian dapur resort. Memang bersih tempat-tempat kat resort ni walaupun  tempat untuk memasak BBQ dan juga dapur. Melihat dari kebersihan dapurnya, memang aku sangat yakin dengan kebersihan makanan yang dihidangkan kepada kami sepanjang berada di sini.

Penginapan

          Mungkin ramai yang dah mengetahui konsep Glamping ni, tetapi bagi yang belum tahu, glamping ni merupakan konsep perkhemahan yang selesa ( ada katil, kipas angin dan juga bekalan elektrik - sangat sesuai untuk blogger). Ianya sangat sesuai untuk warga kota yang ingin melepaskan diri dari kesibukan kotaraya dan merasai sedikit 'rasa' berkhemah tetapi masih dilengkapi dengan kemudahan yang selesa... boleh dikatakan glamping ni merupakan konsep perkhemahan yang sangat santai... tak perlu pening-pening kepala nak pasang khemah, unggun api dan sebagainya ( semuanya sudah tersedia rapi).

Glamping.. selesa dan ringkas
khemah 'single'
          Khemah-khemah glamping terdapat sebanyak 31 buah kesemuanya merangkumi 22 single, 6 queen  dan 3 king. Ianya adalah berdasarkan saiz katil yang terdapat dalam khemah. Untuk khemah single, terdapat 4 katil bujang dalam satu khemah. Walaupun ada 4, susunatur katil masing memberikan ruang privasi untuk setiap individu.

khemah 'queen'
          Selain dari khemah-khemah glamping yang terdapat di sini, ada juga bilik-bilik chalet yang terdapat di sini. Bilik-bilik chalet seperti Ambra, Ciku dan Belimbing sesuai untuk family kecil dan juga group kecil. Chalet ni boleh muat seramai 4 orang. Bilik air berada berasingan dari chalet, tapi dekat je...sebelah chalet je.

Belimbing, Ciku dan Ambra
Ruang dalam yang sangat selesa kan?..
Hiasan luar pun ringkas dan kemas
          Jika untuk mereka yang mempunyai family ataupun group yang agak ramai, boleh membuat pilihan samada nak menyewa beberapa buah chalet ataupun boleh menyewa bilik dorm yang mampu menampung seramai 10 orang. Ada satu bilik air dalam dorm dan satu lagi di luar dorm. Tapi jangan risau sebab banyak bilik air yang berdekatan chalet.

bilik dorm untuk 10 orang.. selesa
ruang depan dorm

Fasiliti

          Fasiliti yang terdapat disini juga sangat memuaskan. Dewan makan yang berkonsepkan 'open air', dewan utama yang agak luas, kemudahan bilik air/bilik mandi yang banyak, surau, buaian, kolam renang, parking dan banyak lagi. Kebersihan memang sangat baik terutamanya kebersihan tempat tidur dan juga bilik-bilik mandi. Itu memang menjadi perkara utama untuk para pengunjung. Kawasan persekitaran resort juga diselia dengan baik, tiada sampah sarap dan kemas. 

Bilik mandi..kemas dan bersih
Dewan makan yang berkonsepkan 'open air'
Dewan utama dan juga 'open air' surau di atasnya.
Dewan yang cukup luas untuk pelbagai aktiviti...
budak-budak mesti suka ni..
Titi gantung dan juga tempat untuk lepak
wakaf untuk bersantai

          Kunjungan aku ke Tanah Aina Fahad ni memberikan satu pengalaman yang sangat me. Satu tempat yang boleh curi-curi masa untuk pergi melepaskan penah lelah berkerja. Tempat percutian yang sangat berbaloi. Boleh saja datang dan menginap disini, releks dan rehat tanpa lain-lain aktiviti pun sudah cukup bagi ketenangan. Untuk mereka yang masih tercari-cari tempat untuk berehat dan bercuti... Tanah Aina fahad boleh masuk dalam check list anda..

Terima kasih Tanah Aina Fahad


          

Friday, November 17, 2017

Royal Belum : Dah sampai ke Belum?


Hutan hujan tertua, Royal Belum

          "Belum, belum, belummm..." itulah bunyi yang telah memberikan nama kepada hutan hujan yang tertua di dunia ini. Belum, adalah bunyi yang dihasilkan oleh belalang besar yang terdapat di dalam hutan ini. Berkeluasan kira-kira 290,000 hektar (aku pun tak tahu luas macam mana...mungkin ini keluasan yang orang kata saujana mata memandang..hehehe). Terletak di bahagian utara negeri Perak dan bersempadan dengan negara jiran Thailand. Di sini juga terdapat tasik buatan yang sangat besar dan kedalaman yang mencecah 200 meter (aku memang tak akan letak kaki dalam tasik ni la)...dikatakan  bertujuan untuk menyekat kemasukan komunis pada suatu ketika dahulu...

         Sesiapa yang selalu berulang -alik dari utara ke negeri pantai timur mesti tahu kat mana letaknya Hutan Belum ni. Dari lebuhraya, ketika melintasi jambatan, mesti akan terlihat 'ROYAL BELUM' di tepi jalan. Aku pun tak sangka dapat peluang untuk menyertai pegembaraan ke Hutan Belum ini, hutan dara yang sebahagian besarnya masih belum diterokai oleh manusia... menarikkan?... usia mencecah 130  juta tahun, lebih tua dari Hutan Amazon dan Congo.

Cari 'line' ke?

 'Royal Belum Excursion'

          Royal Belum Excursion ni aktiviti 'pengembaraan singkat' yang santai untuk menjelajah dan menikmati keindahan alam Belum ni. Jangka masa 'pengembaraan' ni ambil masa lebih kurang 7 jam. Tapi jangan risau, bukannya kita berjalan masuk hutan selama 7 jam (abam tak kuat ooo) tapi menjelajah dengan menaikki bot, tapi adalah sikit-sikit beberapa perhentian yang kita perlu ala-ala 'jungle trekking', tapi ok je... tak lah teruk sangat.

          Oh ya, kalau nak pergi ke Belum ni, pastikan anda membuat survey terlebih dahulu dan jangan pakai terjah je. Sebab apa? untuk masuk ke kawasan Hutan Belum ni kita perlu mendapatkan permit terlebih dahulu. kita perlu melapor diri di pos kawalan tentera. Tapi semua tu ejen yang uruskan, sebab tu perlu buat perancangan awal sikit sebab proses memdapatkan permit dan sebagainya. Lepas tu kita duduk dalam bot je...hehehehe

         Jeti Pulau Banding 
       Perjalanan bermula dari jeti Tasik Banding, tasik buatan yang sangat luas dan dalam... benda yang paling menarik perhatian aku selain rumah bot yang besar adalah ikan kaloi... banyak gila weh ikan kaloi dalam tasik ni... Jeti ni boleh dikatakan pintu masuk untuk ke Hutan Belum lah.. satu kumpulan untuk trip ni maksimum 10 orang... Selain dari kami berempat dari Kelab Blogger Ben Ashaari, ada lagi 2 orang dari Kuala Lumpur dan 4 orang pelangcong dari eropah.

Pengembaraan bermula...

Satu bot ni 10 orang je..

         Hentian Pertama
         Hentian pertama ni memang aku tak jangka, berhenti di kawasan di mana  penduduk tempatan/asli di sini mendapatkan bekalan harian. Tujuannya untuk memberi kesempatan untuk 'pengembara' membeli barangan untuk diberikan sebagai hadiah ataupun sumbangan ketika melawat kawasan perkampungan orang asli nanti... ( aku tinggal dompet kat bilik....huhuhu)


          Air Terjun Sungai Kooi
          Perjalanan diteruskan dengan perhentian seterusnya, Air terjunnnn!!! Memang aku suka sangat kalau pergi tempat yang ada air terjun ni. Sebelum sampai, trelebih dahulu kita perlu melaporkan diri di pos tentera sebelum masuk ke dalam kawasan hutan Belum. Dalam perjalanan merentasi tasik tu, kita dapat melihat keindahan alam semula jadi yang menakjubkan. Memang terasa tenang je... sesekali bot akan berhenti ditempat-tempat dimana bintang liar selalu kelihatan... hari tu dapat lah tengok kijang, burung helang, enggang dan bebrapa lagi spesis hidupan liar yang ada di sini. 
          Untuk sampai ke air terjun Sungai Kooi, kita perlu merentas denai hutan lebih kurang dalam 20 minit pergi dan balik. Trek dia tak teruk sangat, ok je, mendaki ada la sikit-sikit. Sepanjang perjalanan kita boleh lihat flora dan fauna yang jarang atau tak pernah kita lihat sebelum ni...dan bila sampai je ke kawasan air terjun, fuhhhh.. memang satu pemandangan yang sangat cantik. Air terjun tu tinggi woooo...memang berbaloi-baloi sangat perjalanan ni.  

Tempat wajib bergambar nih..

Hero² kembara KBBA...

Nampak tak lembaga kat situ?

          Perkampungan Orang Asli
          Kampung Aman Dama salah satu kampung orang asli yang terdapat di sini. Modus pengangkutan utama di sini adalah bot ataupun sampan selain berjalan kaki lah. Untuk ke kampung ni memang hanya melalui bot. Apa yang menarik kat kampung ni guna tenaga solar tau...jangan main-main, advance ok! Kepada yang melawat ke sini, sumbangan adalah digalakkan kerana kemudahan di sini sangat terbatas dan hanya boleh menggunakan bot.

Next top model? Siapa tahu kan?

          Air Terjun Sungai Ruok
         Selepas berhenti sekejap untuk rehat dan makan tengahari (makanan tengahari termasuk dapat pakej), kami seterusnya menuju ke Sungai Ruok. Satu lagi air terjun yang terdapat di sini. Tapi apa yang lebih menarik kat air terjun ni terdapat banyak ikan.. macam kolam ikan dah. Memang sudah dibekalkan makanan ikan, kalau ikan ni, aku kategorikan semuanya sebagai 'ikan'..jangan nak tanya jenis ikan apa kat aku...aku tak kenal...hahahaha
          Perjalanan dari bot ke sini lebih kurang dalam 30 minit. Perjalanan memang sangat menarik dan terdapat juga air-air terjun mini sepanjang perjalanan. Tapi harap berhati-hati kerana ada laluan yang sedikit licin terutama selepas hujan.  Sampai je dikawasan air terjun, aku memang nak terjun je... penat berjalan seharian. Masa untuk segarkan badan... fuhhhh air dia memang sejuk....

Seronok wei, penuh ikan dalam tu...

          Rafflesia
          Selesai mandi sungai, hentian seterusnya misi mencari bunga terbesar di dunia, rafflesia. Salah satu spesis yang ada di hutan Belum ini ialah Azlani sempena nama Sultan Azlan Shah. Sayangnya masa kami pergi bukan masa rafflesia mengembang. Masa tu bungan rafflesia yang ada hanya pada peringkat 'kobis'... musim untuk rafflesia kembang pun tak dapat dijangkakan kerana bunga ni sangat sensitif, tak boleh disentuh, kalau sentuh dengan tangan putik-putik bunga akan mati. Jadi hanya mereka yang bernasib baik sahaja berpeluang untuk melihat rafflesia yang kembang.

Dalam fasa 'kobis' lagi..

Antara khazanah bernilai...

         Jadi kembara KBBA ke Belum memang sangat berbaloi-baloi. Bagi pencinta alam semulajadi memang wajib pergi ke sini. Hutan tua yang belum diteroka. Khazanah alam yang masih belum terusik.