socmed

  

Friday, November 17, 2017

Royal Belum : Dah sampai ke Belum?


Hutan hujan tertua, Royal Belum

          "Belum, belum, belummm..." itulah bunyi yang telah memberikan nama kepada hutan hujan yang tertua di dunia ini. Belum, adalah bunyi yang dihasilkan oleh belalang besar yang terdapat di dalam hutan ini. Berkeluasan kira-kira 290,000 hektar (aku pun tak tahu luas macam mana...mungkin ini keluasan yang orang kata saujana mata memandang..hehehe). Terletak di bahagian utara negeri Perak dan bersempadan dengan negara jiran Thailand. Di sini juga terdapat tasik buatan yang sangat besar dan kedalaman yang mencecah 200 meter (aku memang tak akan letak kaki dalam tasik ni la)...dikatakan  bertujuan untuk menyekat kemasukan komunis pada suatu ketika dahulu...

         Sesiapa yang selalu berulang -alik dari utara ke negeri pantai timur mesti tahu kat mana letaknya Hutan Belum ni. Dari lebuhraya, ketika melintasi jambatan, mesti akan terlihat 'ROYAL BELUM' di tepi jalan. Aku pun tak sangka dapat peluang untuk menyertai pegembaraan ke Hutan Belum ini, hutan dara yang sebahagian besarnya masih belum diterokai oleh manusia... menarikkan?... usia mencecah 130  juta tahun, lebih tua dari Hutan Amazon dan Congo.

Cari 'line' ke?

 'Royal Belum Excursion'

          Royal Belum Excursion ni aktiviti 'pengembaraan singkat' yang santai untuk menjelajah dan menikmati keindahan alam Belum ni. Jangka masa 'pengembaraan' ni ambil masa lebih kurang 7 jam. Tapi jangan risau, bukannya kita berjalan masuk hutan selama 7 jam (abam tak kuat ooo) tapi menjelajah dengan menaikki bot, tapi adalah sikit-sikit beberapa perhentian yang kita perlu ala-ala 'jungle trekking', tapi ok je... tak lah teruk sangat.

          Oh ya, kalau nak pergi ke Belum ni, pastikan anda membuat survey terlebih dahulu dan jangan pakai terjah je. Sebab apa? untuk masuk ke kawasan Hutan Belum ni kita perlu mendapatkan permit terlebih dahulu. kita perlu melapor diri di pos kawalan tentera. Tapi semua tu ejen yang uruskan, sebab tu perlu buat perancangan awal sikit sebab proses memdapatkan permit dan sebagainya. Lepas tu kita duduk dalam bot je...hehehehe

         Jeti Pulau Banding 
       Perjalanan bermula dari jeti Tasik Banding, tasik buatan yang sangat luas dan dalam... benda yang paling menarik perhatian aku selain rumah bot yang besar adalah ikan kaloi... banyak gila weh ikan kaloi dalam tasik ni... Jeti ni boleh dikatakan pintu masuk untuk ke Hutan Belum lah.. satu kumpulan untuk trip ni maksimum 10 orang... Selain dari kami berempat dari Kelab Blogger Ben Ashaari, ada lagi 2 orang dari Kuala Lumpur dan 4 orang pelangcong dari eropah.

Pengembaraan bermula...

Satu bot ni 10 orang je..

         Hentian Pertama
         Hentian pertama ni memang aku tak jangka, berhenti di kawasan di mana  penduduk tempatan/asli di sini mendapatkan bekalan harian. Tujuannya untuk memberi kesempatan untuk 'pengembara' membeli barangan untuk diberikan sebagai hadiah ataupun sumbangan ketika melawat kawasan perkampungan orang asli nanti... ( aku tinggal dompet kat bilik....huhuhu)


          Air Terjun Sungai Kooi
          Perjalanan diteruskan dengan perhentian seterusnya, Air terjunnnn!!! Memang aku suka sangat kalau pergi tempat yang ada air terjun ni. Sebelum sampai, trelebih dahulu kita perlu melaporkan diri di pos tentera sebelum masuk ke dalam kawasan hutan Belum. Dalam perjalanan merentasi tasik tu, kita dapat melihat keindahan alam semula jadi yang menakjubkan. Memang terasa tenang je... sesekali bot akan berhenti ditempat-tempat dimana bintang liar selalu kelihatan... hari tu dapat lah tengok kijang, burung helang, enggang dan bebrapa lagi spesis hidupan liar yang ada di sini. 
          Untuk sampai ke air terjun Sungai Kooi, kita perlu merentas denai hutan lebih kurang dalam 20 minit pergi dan balik. Trek dia tak teruk sangat, ok je, mendaki ada la sikit-sikit. Sepanjang perjalanan kita boleh lihat flora dan fauna yang jarang atau tak pernah kita lihat sebelum ni...dan bila sampai je ke kawasan air terjun, fuhhhh.. memang satu pemandangan yang sangat cantik. Air terjun tu tinggi woooo...memang berbaloi-baloi sangat perjalanan ni.  

Tempat wajib bergambar nih..

Hero² kembara KBBA...

Nampak tak lembaga kat situ?

          Perkampungan Orang Asli
          Kampung Aman Dama salah satu kampung orang asli yang terdapat di sini. Modus pengangkutan utama di sini adalah bot ataupun sampan selain berjalan kaki lah. Untuk ke kampung ni memang hanya melalui bot. Apa yang menarik kat kampung ni guna tenaga solar tau...jangan main-main, advance ok! Kepada yang melawat ke sini, sumbangan adalah digalakkan kerana kemudahan di sini sangat terbatas dan hanya boleh menggunakan bot.

Next top model? Siapa tahu kan?

          Air Terjun Sungai Ruok
         Selepas berhenti sekejap untuk rehat dan makan tengahari (makanan tengahari termasuk dapat pakej), kami seterusnya menuju ke Sungai Ruok. Satu lagi air terjun yang terdapat di sini. Tapi apa yang lebih menarik kat air terjun ni terdapat banyak ikan.. macam kolam ikan dah. Memang sudah dibekalkan makanan ikan, kalau ikan ni, aku kategorikan semuanya sebagai 'ikan'..jangan nak tanya jenis ikan apa kat aku...aku tak kenal...hahahaha
          Perjalanan dari bot ke sini lebih kurang dalam 30 minit. Perjalanan memang sangat menarik dan terdapat juga air-air terjun mini sepanjang perjalanan. Tapi harap berhati-hati kerana ada laluan yang sedikit licin terutama selepas hujan.  Sampai je dikawasan air terjun, aku memang nak terjun je... penat berjalan seharian. Masa untuk segarkan badan... fuhhhh air dia memang sejuk....

Seronok wei, penuh ikan dalam tu...

          Rafflesia
          Selesai mandi sungai, hentian seterusnya misi mencari bunga terbesar di dunia, rafflesia. Salah satu spesis yang ada di hutan Belum ini ialah Azlani sempena nama Sultan Azlan Shah. Sayangnya masa kami pergi bukan masa rafflesia mengembang. Masa tu bungan rafflesia yang ada hanya pada peringkat 'kobis'... musim untuk rafflesia kembang pun tak dapat dijangkakan kerana bunga ni sangat sensitif, tak boleh disentuh, kalau sentuh dengan tangan putik-putik bunga akan mati. Jadi hanya mereka yang bernasib baik sahaja berpeluang untuk melihat rafflesia yang kembang.

Dalam fasa 'kobis' lagi..

Antara khazanah bernilai...

         Jadi kembara KBBA ke Belum memang sangat berbaloi-baloi. Bagi pencinta alam semulajadi memang wajib pergi ke sini. Hutan tua yang belum diteroka. Khazanah alam yang masih belum terusik. 

7 comments:

  1. royal belum memang best kalau nak menikmati pemandangan, hijau je mata dapat tengok, sejuk pun yer jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. mmg kawasan hijau yang belum tercemar.

      Delete
  2. Replies
    1. kalau dapat mandi situ lagi best kot..

      Delete
  3. Bestnya.. Tapi saya hanya mampu tengok, takde kudrat nak berjalan-jalan dalam hutan ni. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe.. Allah bagi kita rezeki yg berbeza-beza...

      Delete
  4. Macamana nak contact tuan? Sy nak bertanya ttg Pakej ke royal belum.Email atau no hp.

    ReplyDelete