socmed

  

Tuesday, November 21, 2017

Tanah Aina Fahad : Tenang bercuti di sini...

Assalamualaikum / Salam Sejahtera

'Journey of love, back to nature'

           Alhamdulillah minggu dapat sekali lagi mengikuti kembara KBBA9. Kali ni team KBBA9 berpeluang untuk merasai pengalaman 'Glamping' di Tanah Aina Fahad. Tanah Aina Fahad terletak di daerah Raub, Pahang dan mengambil kira-kira 2 jam 30 minit dari Kuala Lumpur. Setibanya di sana, kita akan disambut oleh desiran bunyi air Sungai Dong yang sangat menenangkan, sesuai dengan konsep resort ini iaitu 'Journey of love, Back to nature'.

sila cari khemah masing-masing...

          Percutian singkat hujung minggu ataupun istilah omputehnya 'weekend gateaway' sangat popular sekarang dikalangan warga kota. Tanah Aina ni merupakan satu destinasi yang sangat bertepatan dengan konsep tersebut. Kali ni pun team KBBA9 pergi dengan tujuan percutian singkat dan santai. Menghabiskan hujung minggu berehat bersama kawan-kawan, menikmati suasana tenang alam semula jadi dan aktiviti minima. Namun fokus utamanya adalah satu percutian yang dapat 'menyegarkan' kembali minda..

           Seramai 8 orang blogger telah menyertai kembara kali ni,4 lelaki dan 4 perempuan. setelah lebih kurang 3 jam perjalanan (berhenti makan dan sebagainya) kami tiba di Tanah Aina Fahad lebih kurang pada pukul 11.30 pagi. Kami disambut oleh Mr Shiva ( staf yang berasal dari Nepal). Layanan yang diberikan memang sangat baik. Setelah diberikan khemah masing-masing, kami berehat sebentar untuk melepaskan lelah perjalanan.

          Pada pukul 12.30, kami dihidangkan makanan tengahari yang lazat. Makanan dihidangkan secara buffet di dewan makan yang menarik. Konsep 'open air' memang sangat bertepatan, kita dapat mendengar bunyi air Sungai Dong yang memang betul-betul berada besebelahan dengan tapak khemah. Sambil menikmati hidangan tengahari kita dapat melihat kehijauan alam disekeliling.

kita jamu selera dulu..
          Pukul 2.30 petang aktiviti 'perasmian' kami di sini ialah jungle trekking. Dah lama juga aku tak exercise ni... takut juga kalau pancit. Dijangkakan aktiviti ni akan mengambil masa lebih kurang dalam 2 jam. Ok, 2 jam.. jalan lambat-lambat ok kot...hahahaha... Aku sangkakan trek yang ok-ok je, jalan dalam hutan je.. tapi, ada juga kena kawasan-kawasan yang kena hiking...huhuhu.. tap alhamdulillah stamina aku masih cukup lagi walaupun lama tak exercise.. Tapi ada juga la yang pancit...hehehehe... dan tak lupa serangan pacat.

permulaan...
mencabar juga la...

hiking pula..
Mujur lepas gak lalu bawah dahan pokok ni..
berehat sebentar melepaskan lelah... ada yang pancit..

          Akhirnya setelah 2 jam meredah hutan dan panjat-panjat sikit, kami pun sampai kembali ke kawasan resort. Tapi kena menyeberangi sungai dulu... ni part yang paling aku nantikan. Aku memang suka mandi sungai. Tambahan pula air Sungai Dong ni memang sangat jernih dan tersangatlah sejuk. Tapi sebelum tu, aktiviti membuang pacat yang dah buat kitaorang ni macam buffet je...banyak siotttt!!! dan seterusnya aktiviti berendam dalam sungai...air sungai sejuk dan arus agak kuat, aku cuba berenang menentang arus...dan pada percubaan terakhir, amek ko kaki krem...padan muka...hahahaha..

sebelum sampai tapak perkhemahan, kena seberang sungai...sejuk weiiii
semua dah selamat seberang..

          Tetapi jangan ingat aktiviti berendam dan berenang kami habis setakat tu saja. Kami sambung mandi di kolam yang ada di kawasan khemah pula.. hahahaha...dah macam budak-budak jumpa air dah semua... main bola tampar, lumba berenang dan macam-macam lagi. Sekali-sekala jadi budak-budak seronok juga kan...release tension. Sumber air kolam tu pun dari sungai juga, jadi memang sejuk sangat, dan sekali lagi kaki aku krem, kali ni belah kiri pula...huhuhu... tapi yang penting bagi aku, kami gembira.
walaupun kolam, tapi air dari sungai...menggigil
sekali-sekala jadi budak-budak...

          Makan malam kami dihidangkan dengan makanan ala-ala BBQ. Apa yang boleh aku katakan makanan di sini memang tak mengecewakan... sedap. Suasana malam di sini juga menarik dengan lampu yang menerangi kawasan resort dan bunyi serangga waktu malam, tenang je rasa. Selepas tu kami melawat sekitar resort untuk melihat suasana malam di sini dan aktiviti lepas tu adalah campfire. 

          Dah lama tak buat campfire ni, mujurlah bukan kami kena cari kayu api...hehehe..semuanya di sediakan.. kami cuma pi lepak tepi api je...lepas tu ada acara spontan, mula kami main sambung perkataan berdasarkan huruf terakhir...dan pemenangnya ialah Firr. Lepas tu satu ada satu lagi game, setiap kumpulan kena teka perkataan yang diberikan oleh pihak lawan.. alah main bahasa isyarat tu..dapat perkataan, buat bahasa isyarat dan ahli kumpulan teka. Lucu juga main ni bila perkataan yang dapat tu memang tak terpikir macam mana nak buat...tetiba boleh blurrr... hahahaha.. tapi seronok. Lepas tu kami cuma lepak-lepak, berbual sebelum masuk ke khemah masing-masing untuk tidur. Letak kepala kat bantal sekejap je, terus tertidur... selesa sangat.

Terima kasih Mr Shiva, tolong nyalakan unggun api untuk campfire
besar ooo unggun api dia..
bersedia untuk acara malam..
Teka jangan tak teka..
          Keesokkan harinya cuma bersantai-santai kat resort ni je. Kami dibawa oleh Mr. Shiva melawat bilik-bilik yang ada di resort ni. Kami dibawa melawat sampai kebahagian dapur resort. Memang bersih tempat-tempat kat resort ni walaupun  tempat untuk memasak BBQ dan juga dapur. Melihat dari kebersihan dapurnya, memang aku sangat yakin dengan kebersihan makanan yang dihidangkan kepada kami sepanjang berada di sini.

Penginapan

          Mungkin ramai yang dah mengetahui konsep Glamping ni, tetapi bagi yang belum tahu, glamping ni merupakan konsep perkhemahan yang selesa ( ada katil, kipas angin dan juga bekalan elektrik - sangat sesuai untuk blogger). Ianya sangat sesuai untuk warga kota yang ingin melepaskan diri dari kesibukan kotaraya dan merasai sedikit 'rasa' berkhemah tetapi masih dilengkapi dengan kemudahan yang selesa... boleh dikatakan glamping ni merupakan konsep perkhemahan yang sangat santai... tak perlu pening-pening kepala nak pasang khemah, unggun api dan sebagainya ( semuanya sudah tersedia rapi).

Glamping.. selesa dan ringkas
khemah 'single'
          Khemah-khemah glamping terdapat sebanyak 31 buah kesemuanya merangkumi 22 single, 6 queen  dan 3 king. Ianya adalah berdasarkan saiz katil yang terdapat dalam khemah. Untuk khemah single, terdapat 4 katil bujang dalam satu khemah. Walaupun ada 4, susunatur katil masing memberikan ruang privasi untuk setiap individu.

khemah 'queen'
          Selain dari khemah-khemah glamping yang terdapat di sini, ada juga bilik-bilik chalet yang terdapat di sini. Bilik-bilik chalet seperti Ambra, Ciku dan Belimbing sesuai untuk family kecil dan juga group kecil. Chalet ni boleh muat seramai 4 orang. Bilik air berada berasingan dari chalet, tapi dekat je...sebelah chalet je.

Belimbing, Ciku dan Ambra
Ruang dalam yang sangat selesa kan?..
Hiasan luar pun ringkas dan kemas
          Jika untuk mereka yang mempunyai family ataupun group yang agak ramai, boleh membuat pilihan samada nak menyewa beberapa buah chalet ataupun boleh menyewa bilik dorm yang mampu menampung seramai 10 orang. Ada satu bilik air dalam dorm dan satu lagi di luar dorm. Tapi jangan risau sebab banyak bilik air yang berdekatan chalet.

bilik dorm untuk 10 orang.. selesa
ruang depan dorm

Fasiliti

          Fasiliti yang terdapat disini juga sangat memuaskan. Dewan makan yang berkonsepkan 'open air', dewan utama yang agak luas, kemudahan bilik air/bilik mandi yang banyak, surau, buaian, kolam renang, parking dan banyak lagi. Kebersihan memang sangat baik terutamanya kebersihan tempat tidur dan juga bilik-bilik mandi. Itu memang menjadi perkara utama untuk para pengunjung. Kawasan persekitaran resort juga diselia dengan baik, tiada sampah sarap dan kemas. 

Bilik mandi..kemas dan bersih
Dewan makan yang berkonsepkan 'open air'
Dewan utama dan juga 'open air' surau di atasnya.
Dewan yang cukup luas untuk pelbagai aktiviti...
budak-budak mesti suka ni..
Titi gantung dan juga tempat untuk lepak
wakaf untuk bersantai

          Kunjungan aku ke Tanah Aina Fahad ni memberikan satu pengalaman yang sangat me. Satu tempat yang boleh curi-curi masa untuk pergi melepaskan penah lelah berkerja. Tempat percutian yang sangat berbaloi. Boleh saja datang dan menginap disini, releks dan rehat tanpa lain-lain aktiviti pun sudah cukup bagi ketenangan. Untuk mereka yang masih tercari-cari tempat untuk berehat dan bercuti... Tanah Aina fahad boleh masuk dalam check list anda..

Terima kasih Tanah Aina Fahad


          

15 comments:

  1. Suasana yang best untuk tenangkan fikiran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. Yg best tu bila dgr bunyi air sungai..

      Delete
  2. Rasa taknak balik KL dah....
    Best gile kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg best giler... Seorg ayue pun jd giler

      Delete
  3. bestnya jungle trekking..
    bestnya campfire..
    bestnya glamping...
    nak pg jugakkkk..huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila2 ngn kawan atau fmly mmg sesuai sgt

      Delete
  4. tenang teramat , a must place to go.

    ReplyDelete
  5. Cantik kan tempat dia... Rasa nak repeat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku paling sungai sungai tu...sejukkkk

      Delete
  6. Salam En Aznan
    Saya Yatie Shahrom, Coordinator Tanah Aina Sdn Bhd mengucapkan berbanyak terima kasih bagi pihak CEO TASB YBhg Kol. Bersekutu (PA) Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina Binti Syed Akil.
    Kami amat gembira tentang kehadiran En Aznan dan teman teman kerana sudi menginap di Tanah Aina Fahad Glamping Resort di Kg. Peruas Ulu Dong Raub.
    Terima kasih tak terhingga atas penghargaan En.Aznan yang berpuashati dengan layanan staff, penginapan dan makanan.
    Besar lah harapan kami En Aznan dapat mengunjungi resort kami Tanah Aina Farrah Soraya di Jalan Tras Raub (jalan lama ke Frasers Hill) dan Restoran & Cafe Tanah Aina Fareena yg akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2018 di KM54.3 Karak Highway.

    Untuk inquiry or booking plse email to booking.tanahaina@gmail.com or contact
    Ms. Hana 0162159252
    Ms. Malou 0192827012
    www.tanahaina.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. tengok gambar pun dah syok. kalau dapat merasa ke sane best jugak. dapat ber-jungle tracking lepastu berendam dalam air sungai.

    ReplyDelete