socmed

  

Friday, December 8, 2017

NY Steak Shack memang best...


          Sekarang dah cuti sekolah kan... mesti banyak program yang diatur untuk anak-anak .. ye la bila depa cuti macam-macam la nak kena atoq kan? kalau tak alamatnya rumah tu jadi tongkang pecah la, melain kan mak 'ON' mode singa 24 jam.. larat ka?

           Tapi la ni ok la skit kan, banyak tempat-tempat boleh pi masa cuti-cuti sekolah ni... water park la, taman tema la, JPO, GPO dan macam-macam O lagi lah kan. Mesti ada anak-anak request nak makan tu nak makan ni kan... kalau mekdi dan kepci tu dah biasa sangat kan?

          Apa kata cuti ni bawa famili pergi makan kat NY Steak Shack? Tak pernah dengaq ka? takkan la tak pernah dengaq kan.. NY Steak Shack ni bawa cawangan dia.. ada kat Mid Valley, Sunway Piramid, IOI city Putrajaya, 1 Utama, Subang Parade, AEON Mall Shah Alam, Sunway Velocity, Sogo, Alamanda Putrajaya dan Melawati Mall.. haaaa banyak kan cawangan dia.. alah yang dok Penang, Kedah tu jangan la buat muka... bila hangpa mai KL boleh masukkan NY Steak Shack ni dalam list tempat-tempat nak dilawati kat area sini...haaaa kannnn, ok tak idea tu.. mekdi kepci dah banyk kat sana nun...

          Apa yang ada kat sini? meh sini nak bagitau apa yang ada ... Menu dia ada Starters,Salad & Soup, Burgers, Sharing Platters, Chicken & Fish, Pasta & Rice, Steaks dan  Lamb. Boleh order nak  Sizzling (Mix, Grill, Duo). Ari tu aku pi makan steak, tu pun orang belanja. tapi steak kat sini harga berpatutan.. harga mampu makan la... tak la mencekik darah...hehehehe.. tapi gambar ari tu tak dak la plak.. aku tunjuk gambar-gambar dari website NY Steak Shack lah no.. 

         Ni antara gambar-gambar menu yang terdapat kat NY Steak Shack nih...

Starters



Mary's Adventure
The Bomb

Burgers


Southwest chicken sandwich
Steaks


   

Lamb
Grill Lamb shoulder



Amacam? menarik tak... tengok harga pun berpatutan kan? Rasa dia pun sedap.. memang bebaloi lah. Hari tu aku pi makan kat Sogo. Tingkat atas yang ada food court tu..kalau naik lif, NY Steak Shack ni ada kat bahagian kanan.. senang je nak cari..

So kepada yang belum pernah rasa tu TRY CUBA TEST... haaaa mesti datang lagi nanti...
Selamat menjamu selera..













1 comment: