socmed

  

Monday, January 15, 2018

Natasya Riverside Resort, Gopeng - Resort dalam dusun

Assalamualaikum/ Salam sejahtera

Kisah kembara kami.. Kembara KBBA9

Mercu tanda..

          Pembukaan tahun 2018 team Kembara KBBA9 berpeluang ke Natasya Resort Riverside, Gopeng Perak. Perjalanan dari KL ni ambil masa lebih kurang dalam 1 1/2 jam... ikut pemanduan masing-masing lah kan...kalau bawa slow dan banyak berhenti tu mungkin ambil masa lebih lagi. 


          Macam kitaorang ni, bertolak seawal 7.30 pagi tapi ye lah, nak carpool kan..ambil masa sikit. Nak berkumpul dan macam-macam hal lagi.. kami pergi dengan 2 buah kereta dan janji nak berkumpul di RnR Sungai Buloh. Kalau dah ramai-ramai ni, memang macam-macam hal la.. sarapan, tunggu orang, nak ke tandas.. biasalah hal-hal macam ni kalau berjalan beramai-ramai.. tapi ni semua rencah yang menyerikan lagi pengalaman kita kan?

          Kami tiba di Natasya Riverside Resort dalam pukul 12 macam tu. Nak ke sini senang je...gps kan ada..hehehehe cari je Natasya Riverside Resort. Dari highway PLUS tu exit Gopeng, dan dari tol Gopeng tu lebih kurang 10 minit kot. Sepanjang perjalanan tu memang nampak orang jual durian kiri kanan jalan.. pergh.. meleleh air liur tengok wei..

DUSUN
          Sampai je kat resort tu, wahhh... memang macam dalam dusun la. Kawasan resort ni memang dipenuhi dengan pokok-pokok kayu seperti durian, rambutan, langsat, cempedak dan banyak lagi la.. buat orang yang tak biasa dengan dusun ni, aku memang teruja lebih bila tengok pokok yang penuh dengan buah-buah..

Berketul² kat atas pokok ni ha...
Buah cempedak di luar pagar...

          Kami juga bernasib baik kerana sekarang ni musim durian kan...memang pokok-pokok durian di dalam kawasan ni  penuh dengan buah.. tapi menurut staff kat Natasya Riverside Reosrt ni sekrang dah akhir-akhir musim durian. Jadi buah dah tak banyak... tak banyak katanya.. aku dongak kat atas pokok nampak penuh je dengan buah... kalau time buah tengah banyak macam mana lah ye..

         Apa yang paling menarik, makan tengah hari kami, nak tahu apa menu pembukaan dia? mestilah durian... aku yang dari tadi dah memang terliur tengok durian yang orang jual kat tepi jalan kan... memang ini lah masa yang ditunggu-tunggu... melantak memang tak ingat orang belakang.. lepas satu-satu buah yang dibuka.. semua kena rasa lah... durian kan, rasa setiap buah berbeza.. bukan macam makan buah lain.
Tengok lah isi dia..nyummeh
Makan sampai tak habis..
Kendurian...
Makan tak ingat orang belakang dah..
          Dan satu lagi pengalaman menarik kat sini adalah bila dengar je "gedebummm".. masing-masing teruja sampai bertepuk tangan... pastu berlari cari buah durian yang gugur... bagi yang tak pernah rasa pengalaman macam ni, macma aku, it is priceless, makan buah yang baru gugur..perghhh... pastu bangun awal-awal pagi pusing-pusing kawasan resort cari buah...heaven wei...


CHALET
          Kat sini ada 2 jenis chalet yang disediakan, Cabin Chalet dan juga Wooden Chalet. Kami semua diberikan Wooden Chalet sepanjang kami menginap di sini. Suasana kat sini memang tenang dan kawasan sekitar resort ni dijaga rapi. Memang sedap mata memandang...pemandangan pun cantik.

Wooden Chalet
          Sangat sesuai untuk yang datang berkeluarga sebab memang sangat selesa dan santai. Berukuran 400sqft. Chalet ni dilengkapi dengan 1 katil kelamin (queen size) dan2 katil bujang ( double decker). Boleh muat untuk 2 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak. Terdapat ruang istirehat dilengkapi dengan sofa untuk menonton tv sambil minum kopi atau teh dan cerek elektrik serta kopi/teh memang disediakan untuk tetamu. Selain itu setiap chalet juga ada balkoni untuk bersantai. Setiap chalet dilengkapi dengan penghawa dingin dan bilik air.

Kemas, bersih dan selesa

Harga untuk Wooden Chalet

Cabin Chalet
          Untuk Cabin Chalet pula, keluasannya ada 200sqft, separuh daripada keluasan Wooden Chalet. Cabin Chalet ni macam kontena yang telah diubah suai menjadi chalet. Tapi jangan risau, sebab cabin chalet ni juga dilengkapi dengan penghawa dingin dan bilik air di dalamnya. Lcd tv juga dipasang di dalam cabin chalet ni. Cabin ni sesuai untuk mereka dan datang secara berkumpulan. setiap cabin tedapat 3 katil bujang yang boleh memuatkan 3 orang dewasa. Tetapi untuk keluarga kecil yang hendak menginap di cabin ini juga boleh. Semuanya mengikut keselesaan masing -masing.

Tenang dan damai je kan...

Harga untuk Cabin Chalet


          Selain dari tu, banyak lagi kemudahan yang disediakan di sini, anataranya karaoke, dewan, surau, bilik mandi/air, trampolin, basikal... dan banyak juga aktiviti-aktiviti outdoor yang boleh buat kat sini.. apa yang kami buat kat sini? takkan mai sini makan durian je kan? Haaaa.. yang tu kena tunggu entri lepas ni lah ye... jangan lupa singgah Natasya Riverside Resort kalau ke Gopeng ye.. pasti tak menyesal..

Suasana di Cabin Chalet

Makan sampai mabuk durian

Bangunan utama

Untuk kanak-kanak

Teringin plak nak naik kuda ni.

Tidur dalam hammock ni sure terbabas

Meja ni boleh buat utk tempat meeting gak
MENARIK KAN?

3 comments:

  1. Advancement of items in the correct media is useful in coming to the greatest crowd in the market. olympian grill menu greenville sc

    ReplyDelete