socmed

  

Wednesday, February 28, 2018

Bengkel Fotofon KBBA9 bersama Sony

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bengkel Fotofon

          Sekali lagi Kelab Blogger Ben Ashaari telah embuat satu bengkel untuk ahlinya. Kali ini bengkel khas untuk teknik mengambil gambar menggunakan kamera telefon yang dinamakan 'Bengkel Fotofon'. Ini kali pertama aku menghaidiri bengkel yang khas untuk penggunaan kamera telefon.
'group picture'...wajib

          Sebagai seorang blogger, memang mengambil gambar menjadi salah satu perkara yang sangat penting dan salah satu cara yang paling cepat dan efisyen adalah dengan menggunakan telefon. Telefon memang merupakan gajet yang sangat penting untuk seorang blogger. Mana tidaknya, dalam dunia serba pantas sekarang ni, semua info dihujung jari je.