socmed

  

Wednesday, February 28, 2018

Bengkel Fotofon KBBA9 bersama Sony

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bengkel Fotofon

          Sekali lagi Kelab Blogger Ben Ashaari telah embuat satu bengkel untuk ahlinya. Kali ini bengkel khas untuk teknik mengambil gambar menggunakan kamera telefon yang dinamakan 'Bengkel Fotofon'. Ini kali pertama aku menghaidiri bengkel yang khas untuk penggunaan kamera telefon.
'group picture'...wajib

          Sebagai seorang blogger, memang mengambil gambar menjadi salah satu perkara yang sangat penting dan salah satu cara yang paling cepat dan efisyen adalah dengan menggunakan telefon. Telefon memang merupakan gajet yang sangat penting untuk seorang blogger. Mana tidaknya, dalam dunia serba pantas sekarang ni, semua info dihujung jari je.

         Jadi sebagai blogger kita pun kenalah pantas dalam berkongsikan maklumat yang kita dapat. Tetapi etika perkongsian maklumat kena lah jaga ye. Jangan main kongsi je semua maklumat tanpa kaji dulu kesahihan berita tersebut.

          Salah satu perkongsian maklumat yang terpantas adalah foto dan cara yang paling pantas dan efisyen tentulah dengan menggunakan kamera telefon. Tak perlu untuk 'transfer' dan sebagainya...hanya snap dan post!

          Kalau dengar memang senang kan...snap and post. Tetapi hakikatnya...hanya blogger yang faham..hahahaha... satu-satu gambar yang dipost tu kadang-kadang bukan hanya sekali snap je, berkali-kali dan kadang-kadang untuk mendapatkan angle yang baik bukan senang. Semua tu untuk memastikan gambar yang dihasilkan cantik dan berkualiti. Gambar yang cantik dan berkualiti adalah gambar yang mampu membuat kan pembaca tertarik dan mampu 'bercerita' kepada pembaca. Bukan mudah nak dapatkan gambar yang berkualiti tau..usaha kena lebih.

En. Rahman, "cikgu" untuk bengkel kali ni...

          Pengisian bengkel kali ni memang memberi tumpuan khusus kepada teknik untuk mengambil gambar menggunakan telefon bimbit. Tak banyak beza dengan penggunaan kamera biasa. Apa yang penting kita perlu tahu tentang komposisi gambar yang kita nak ambil, seperti "bayangkan kita sedang melukis di atas satu kanvas" kata En. Rahman yang merupakan cikgu kitaorang pada hari tersebut.

sesi menimba ilmu..

jangan malu bertanya

fokus dalam kelas


          Kami juga diajar pengetahuan asas fotografi, seperti ISO, Aperture, Metering dan juga Shutter. Selain tu kami juda bagaimana hendak mencari 'line' dalam sesebuah gambar. 'Line' juga merupakan salah satu teknik untuk sesbuah gambar nampak lebih 'bernyawa' dan  memberikan titik tumpu tanpa disedari. Apa lagi masing-masing pun 'mabuk line' untuk beberapa hari... hehehehe..

macam ni la gelagat nak dapatkan best picture..

          Satu pertandingan gambar paling menarik juga diadakan sempena bengkel ini bagi membolehkan para peserta untuk mempraktikkan ilmu-ilmu yang telah diajarkan di dalam bengkel ini. Para peserta diminta untuk diminta mengambil gambar produk Cosmoderm mengikut kreativiti masing-masing dan mengaplikasikan apa yang telah diajarkan. 
mencari cahaya....
semua ceruk tempat depa pi...

            Bengkel Fotofon kali ni mendapat kerjasama dari pihak Sony, Matic dan juga Cosmoderm. Selain itu makanan pada hari itu memang cukup meriah. Antara pihak yang menaja makanan pada hari tersebut;


Tenaga Pengajar - Rahman Roslan @rahmanism by @sonymobilemy
Lokasi Bengkel - @MaticMy
Goodies Bag Peserta - @cosmoderm @sonymobilemy
Tajaan Sarapan - @RestoranNelayanGombak
Tajaan Dessert - @KhaisyaDelite, @tasty_bake, @IraBakery 
Tajaan Minuman - @BrillPremiumCoffee
Tajaan makan tengah hari - @CafeCeritaKambing


Lepas abih bengkel semua pakat asah skil baru...semua pakat mencari 'line' di dalam gambar. Ni contoh-contoh line yang di cari...

tengah jem pun sempat...

pantang nampak 'line'

Peace yo.. "me and the line"...
Haaaa... mcam mana ? hangpa nampak tak 'line' tu? 

KREATIF tak?



       

7 comments:

  1. Tak faham la pasal 'line' tu.. ruginya tak dapat join haritu😭😭

    ReplyDelete
  2. Tak faham la pasal 'line' tu.. ruginya tak dapat join haritu😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. line tu apa saja garisan atau susunan objek yg membentuk line yg bantu untuk jadi titik tumpu..

      Delete
  3. wahhhh
    seronoknya dapat join bengkel

    ReplyDelete
  4. wah seronok ye, pic last tu cantik..

    ReplyDelete
  5. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete