socmed

  

Monday, April 23, 2018

Aktiviti menarik di Peladang Setiu Agro Resort

Assalamualaikum / Salam Sejahtera..

Peladang Setiu Agro Resort

Kembara bermula


          Kembara KBBA ke pantai timur pula kali ini. Kami berpeluang melalukan banyak aktiviti menarik di Peladang Setiu Agro Resort. Sebelum tu, kita cerita tenang perjalanan ke pantai timur ye. Kalau dari Kuala Lumpur ni, memang agak lama dan jauh juga perjalanan ke pantai timur ni. Jadi sebelum anda bertolak ke sana, sebaiknya rancanglaah perjalanan anda dengan sebaik-baiknya. Kami pun buat juga perancangan sebaiknya, tetapi tak semua yang kita rancang tu menjadi kan... banyak juga la dugaan untuk trip kali ini..

Jom ke Setiu

          Perjalanan yang dirancang seawal pukul 8 pagi, lewat 2 jam... bukan sengaja tau.. sebab masalah di luar jangkaan.. salah seorang ahli KBBA terperangkap dalam LRT hampir sejam lebih... Tak ada siapa nak dipersalahkan pun... takdir kan.. Makanya, waktu ketibaan yang dirancang pada pukul 3 tergelincir skit la... kira-kira dalam pukul 5.30 petang kami semua tiba di Peladang Setiu Agro Resort.. alhamdulillah selamat samapi.

          Setelah masing-masing dapat bilik dan berehat sekejap melepaskan lelah. Chalet yang ada di sini semuanya betul-betul di pinggir tasik. Ada juga bilik yang mempunya beranda di atas tasik, kita macam terpung lah gitu. Bilik ni lengkap dengan 1 katil queen, aircond, tv dan cerek elektrik. Kelengkapan asas macam chalet-chalet yang lain. Bilik ni agak selesa, rekabentuk chalet seperti rumah tradisi melayu pun sangat menarik. Selain chalet ini, ada juga di sediakan dorm dan juga tapak-tapak perkhemahan di sini. 

Chalet rekabentuk rumah melayu...

Beranda atas air..

           Aktiviti kami yang pertama adalah...MAKAN... hahaha...makan tu biasalah kan... apa-apa pun kita kena isi perut dulukan... dari chalet nak ke cafe boleh naik 'teksi' air... teksi air ni macam rakit la.. tapi kena tarik pakai kudrat sendiri ye...ada tali yang direnggangkan meretasi tasik...tapi kan, yang naik ramai...tukang tarik tu..hmmmm aku sorang je...hampeh betul. Selepas tu ada sedikit sesi taklimat mengenai Peladang Setiu Agro Resort oleh En. Sanusi

anyone need a grab?

            Sebenarnya aktiviti pertama kami bermula malam tu juga... ha.. malam kan...aktiviti pertama adalah "Jungle night walk". Pada sesiapa yang sukakan adventure tu, aktiviti ni memang best. Ye la bukan selalu masuk hutan malam-malam kan. Apa yang menarik masuk hutan malam-malam ni? Kita dapat tengok dan dengar banyak benda yang berbeza. Apa yang aku paling suka bila berjalan dalam suasana gelap, kita akan nampak bintang-bintang di langit dengan lebih jelas. Bila masuk hutan malam-malam ni, suasana dan feeling dia pun berbeza juga... dan satu peringatan kepada semua, berwaspadalah dengan PACAT!!!...pukul 12 malam kami masih dalam hutan woi.. kira-kira pukul 1 pagi la baru masing-masing masuk bilik.. tu pun bukan boleh terus tidur... ada yang sambung bertarung dengan pacat...hahahaha

menikmati suasa malam dalam hutan


Musang terbang dan siput

          keesokkan harinya, lepas sarapan dan semua telah siap, acara pertama adalah musang terbang... flying fox la. Memang ada satu bangunan khas kat sini untuk flying fox. Sebelum acara bermula, ada sedikit penerangan daripada En. Nik. Nampak macam tegas orangnya tetapi suka menyakat orang. Dari bawah aku tengok tak lah tinggi sangat tapi bila aku dah naik atas tu rasa menyesal lah plak. Aku ni memang jenis yang tak berapa nak boleh dengan tempat tinggi.. GAYAT. Alang-alang dah kat atas tu kan, cuba lah sekali buat flying fox ni... tinggi weiiii...

benda ni pakai mcam cawat ye..

yang penting...group photo

          Bagi mereka yang tak tahu erti gayat tu, aku tengok memang seronok abih. Mcam-macam gaya diorang buat. Aku? sekali cuba dah ler... tu pun gaya keras kaku...pegang tali tak lepas. Yang lain dah macam superman spiderman dah aku tengok.

tinggi dowhhh..

ni sapa ntah...

          Selesai aktiviti terbang-terbang ni kami bertolak pula ke Laguna Wetland. Apa yang kami buat kat sana? haaa ni aktiviti yang sangat menarik. Kat Laguna Wetland ni ada merupakan satu kawasan muara sungai. Di sini kami akan mencari lokan, kupang, tiram dan kekapis (scallop). Sekali lagi penerangan diberikan oleh En. Nik tentang 'siput-siput' ni dan juga habitatnya. Walaupun semuanya terdapat di kawasan muara ni, tapi habitat berbeza. Tempat ni memang cantik, pemandangan pokok rhu dan laut menghijau je airnya... akibat lupa diri, lutut aku terkehel lagi...tapi aku terus juga aktiviti mencari siput-siput ni.

lompat...sudahnya..lutut terkehel

inilah misi kali ni...

          Kami semua dibawa merentas sungai ke kawasan hutan paya bakau untuk mencari lokan. Mula-mula dalam fikiran aku mestilah kawasan berlumpur...tapi bila dah sampai di hutan bakau tu... eh, berpasir rupanya.. Kami semua dibekalkan sebilah pisau dan bakul. Pisau tu digunakan untuk menggores-gores ditanah, kalau terasa macam tersentuh objek keras dan licin, tu tandanya kita dah jumpa lokan. Dan masing-masing pun dah macam ayam mencakar-cakar tanah. Rasa seronok bila terjumpa lokan tu memang best. Masing-masing berlumba-lumba siapa dapat paling banyak.

demi sesuap lokan...

hasil mengkais-kais tanah...


          Lokasi seterusnya di dalam sungai untuk mencari kupang. Waaktu tu air surut, paras air hanya setakat lutut atau paha je. Tapi kalau dah budak-budak KBBA ni, memang pantang nampak air, semua nak berendam dan berenang. Nak mencari kupang ni tak perlu guna pisau macam mencari lokan tadi, pakai tangan je....raba-raba dalam pasir tu, kalau terasa licin-licin tu, tu lah kupang. Kupang ni kecil sikit daripada lokan tadi. Riuh rendahlah gelagat mencari kupang tu...macam-macam perangai ada. Walaupun panas terik, tapi semua orang enjoy.

walaupun panas terik...yang penting pose maintain

meraba-raba mencari kupang

     Seterusnya kami mencari tiram dan kekapis pula. Tiram dan kekapis ni ada kat air yang dalam sikit. Nak mencarinya kena menyelam. Aku surrenderlah bab-bab menyelam ni, memang tak pandai. Aku biarlah mereka-meraka yang berbakat menyelam untuk mencari kekapis ni. Aku hanya jadi QC, yang mana kecik-kecik, dilepaskan semula. Menurut En. Nik ada yang pernah jumpa mutiara hitam dalam tiram kat sini. Apa lagi, makin semangat diaorang menyelam.

          Selepas penat mencari lokan, kupang, tiram dan kekapis, kami semua berehat sambil menjamu makan tengahari. Hasil tangkapan tadi dibakar. Memang sedap giler makan 'seafood' yang fresh ni. Memang tak letak apa-apa perencah pun. Terus bakar je, macam tu pun rasa sedap dan 'manis'.

Air dan terjun

          Hari terakhir aktiviti yang dijalankan berkisar dengan air. Almaklumlah kat Peladang Setiu Resort ni dikelilingi dengan tasik. Air tasik ni dikitar dari air sungai tau. ikan kat dalam tasik ni pun banyak dan besar-besar pula tu. Oleh sebab lutut aku dah terkehel semalam, maka aktiviti untuk hari ni aku hanya jadi penonton dan jurugambar je la. Geram je tengok masing-masing seronok bermain air. Tak pe lah tak te rezeki aku. Meh nak tunjuk gambar-gambar aktivit air tu...

dengar cakap cikgu ye..

oo mak kau...

berenang-renang ke tepian

jangan takut abam navy tggu kat bawah...

err...ni gaya apa nih?

kiri kanan kiri kanan...akhirnya eksiden jua

          Apa yang penting kami semua seronok kat sini, selain daripada tempat menarik, aktiviti yang ada kat sini pun best. Sebenarnya banyak lagi aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan di sini.
Para instructor yang ada kat sini pun terbaik!!! kepala memang masuk air. Sekali lagi terima kasih Peladang Setiu Agro Resort kerana memberikan satu lagi pengalaman menarik untuk aku... yang pasti, pantai timur, aku akan kembali lagi...

Untuk info dan sebarang pertanyaan boleh lah hubungi info kat bawah ni..

PELADANG SETIU AGRO RESORT
Lot 3912, Guntong 22040 Setiu 
Terengganu, Malaysia.

09-6920059/ 019-9192240

Website : www.agroresort.com
Email : peladang_agroresort@yahoo.com


thanks untuk kenangan

semua kepala masuk air..

Memori Laut China Selatan



4 comments: